pendek kata, kawan2 FB ni ada macam2 perangai & ada macam2 situasi kehidupan mereka.
Ada kawan A ni, suka upload pasal makanan. Apa2 yg dia masak utk suami hari ni. Dia seorang guru. Upload jugak pasal anak2 murid dia.
Ada kawan B: pegawai PTD, mmg suka upload kegiatan dia n suami, dan tiga org anak perempuan dia yg comel.
Ada kawan C, D, F, G, H etc....: suka upload pasal anak2. ni mmg sgt common rasenye di FB
Ada kawan N: seorg student kat UK, suka upload kata2 madah pujangga tentang situasi dia dan kaitan dgn sang Pencipta Yang Maha Agung. Tulisan dia mmg sedap dibaca.
Ada kawan L: suka update pasal pencapaian dia, baguslah. semoga memberi inspirasi kpda org lain jugak.
Ada jugak kawan K: yg tak suka update pun. Tapi suka stalk org lain.
dan macam2 jenis kawan lagi lah....
Sedarkah kita bahawa dalam dunia ni, tak semua insan bernasib baik sama macam kita. Mungkin ada yg sensitif dgn hal2 yg kita bualkan or upload di FB.
Memang lah ada org cakap, kalo tak suka just unfollow or unfriend...tapi pandangan personal aku, tetap tidak bagus rasenye utk upload hal2 yg mungkin menyebabkan org lain sensitif. Tapi depend lah mcm mn cara korang menilai semua ni.
Aku suka jer baca status kawan2 ni...kadang enjoy jer, kadang mmg ada jugak yg sensitif. Bila dah aku rase sensitif and annoying banyak kali, maka aku pun menekan button unfollow...selamat, hehe.
Tapi ape yg aku paling suka baca ialah sesuatu yg bermanfaat, dari group2 FB yang aku join.
Kisah aku...awal tahun ni aku mulai tidak upload gambar aku bersama suami, bersama kawan2 atau sesiapa shja. Kisah bermula apabila aku dgn hati yg girang nak sgt upload gambar aku dan Azzubair ketika di Shirakawago. Aku batalkan niat tu, aku hanya upload gambar pemandangan sahaja tanpa ada wajah aku n Azzubair di situ. Time nak upload gambar sendiri tu, sebenarnya aku terlihat satu status dari Kak Gee, seorang kawan di tempat kerja dulu...dia post satu gambar white board tertulis "Jangan Balik".
Aku pelik, so aku mulakan lah stalk FB dia, scroll down and baca komen2 kawan dia...rupa-rupanya suami dia yg tercinta disahkan menghidap Guillain-Barre syndrom or GBS, imun sistem kita menyerang bahagian peripheral nervous system. Korang banyangkan lah...suami dia tak boleh bercakap, tak boleh menulis pun, diaorg berkomunikasi melalui huruf, si isteri yg menulis "jangan balik" setelah suami bg isyarat huruf apa. Hati siapa yang tak tersentuh dan terasa sedih bila mana keadaan ini berlaku. Cuba banyangkan kalo hal ni terjadi kat kita.
Setelah beberapa minggu aku lihat lagi status dia, dalam satu ulasan dia, katanya dia akn buat satu blog pasal macam mana dia dan suami menghadapi dan menempuh kehidupan setelah disahkan menghidap penyakit ni. Dalam satu ayat dia jugak ada tertulis kata doktor pakar..."we have two patients to be taken care, your husband and you". Ya Rabb....tabahkan dia, agar suaminya jugak mendapat semangat untuk terus hidup.
Peristiwa ini sangat menginsafkan aku.
Ada satu video yg aku share di FB, kanak2 kulit hitam di benua Afrika tak sure negeri mana, makan dalam satu pinggan share beberapa org, tapi bila makanan tu dah habis, semua menjilat2 pinggan tu, dan jari2 mereka. Makanan yg diaorg share tu tak cukup untuk diaorg. Sedih tak...sedangkan berlebih makanan kita di sini.
Peristiwa di Syria dan Palestine, boleh ke diaorg enjoy tengok movie macam kita? Boleh kah diorg pergi bercuti ke oversea?Diaorg nak hidup dalam negara sendiri pun susah...
Sebenarnya, mereka yg suka upload pasal diri tu mungkin bukan untuk menunjuk-nunjuk kelebihan diri berbanding org lain, tapi just satu kepuasan diri bila boleh share di FB. Mereka tiada niat pun nk kecilkan hati sesiapa.
Kesimpulan apa yg aku boleh buat ialah....pengguna FB perlu lebih matang dalam berfikir, jangan status org lain tu mempengaruhi kehidupan kita ke arah yang tidak membina or menjadikan diri kita tidak baik. Pilih hal2 yg kita ingin tahu, pilih kawan2 yg baik, join group yg membina diri bukan memundurkan diri. Pilihan di tangan kita, kita berhak memilih, kita yg bertanggung jawab ke atas kebahagiaan diri sendiri.
Aku kini, lebih selesa di bloggger. Org akan baca bila diaorg mencari sesuatu yg berkaitan yg diaorg nak baca, bukan open macam FB. Di FB hanya utk share sesuatu yg bermanfaat n kata-kata semangat untuk diri sendiri khasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan