Isnin, 9 Januari 2017

Matsuri, Noda station, Osaka

Kat Jepun agak susah nk dapat makanan Jepun halal yg kita boleh makan. Agak limited, tapi ada jer. InsyaAllah tahun2 akan dtg lebih banyak lagi. 

Sabtu lepas kiteorg berkesempatan pegi ke Matsuri di Osaka. So, kami amik train dari Kyoto stn (actually Seta stn) turun di Osaka station kemudian tukar Osaka loop line (warna merah) ke Noda Station. Dalam dua stop je rasenye. Kemudian jalan kaki dalam 5-10 min bergantung pada kelajuan step anda. Kedainya depan jalan besar. Ada tergantung bendera Halal Media Japan. Time nak jalan ni silalah gunakan Google map bg yg 1st time pegi tu. 

Makanan jepun dia mmg sedap2, ada masakan lauk jugak, ayam sweet sour dia mcm rasa masakan melayu jer. Kenalah dengan tekak.

Gambar2 di bawah:
Boleh masak tako yaki. Yg x pandai pun boleh masak, confirm jadi.
Ayam grg, gyouza, ayam sweet sour, ikan sayur, dll.
Sebelum balik pemilik kedai ni akan minta kita tulis something dalam buku pelawat diaorg, boleh lah tulis komen2 yg membina. Gambar depan kedai, simple je. Dalam restoren ni ada 3 meja shja. Kalo nk guna google map taip je Matsuri (Matsuri, dalam kawasan Fukushima/Noda). 

Then, pagi ni dengar ceramah ustaz MAZA. Manusia mmg sanggup travel untuk cari makanan yg lazat, merata pelosok tempat sanggup pegi. Namun kelazatan yg betul2 lazat ialah khusyuknya solat. Mintalah pada Allah, kurniakan kekhusyukkan di dalam solat2 kita. Semoga keinginan kita mencari makanan yg lazat tu setanding dgn keinginan utk solat yg khusyuk malah lebih lagi.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan