Selasa, 17 Januari 2017

Cuti Musim Dingin di Takayama-Shirakawago

Alhamdulillah cuti musim dingin yg lepas aku dan Azzubair berpeluang pergi ke Takayama, Gifu Prefecture.

Sebab tak nak pening2 kepala pikir nk beli tiket and so on, so aku gunakan khidmat JTB kat Kyoto Tower, setakat ni servis diorg memang tip top!
Aku beli tiket bas (pergi), tiket tren (balik), tiket 1 day trip ke Shirakawago pun dekat JTB ni. Tapi sebelum pegi ke JTB ni make sure korang dah ada date, plan nk naik ape nak stay kat mana.


Sebab nk jimat n nak ala2 back packers gitu, so kami amik bas dari Kyoto Station ke Takayama, bas pukul 8;20 pagi sampai Takayama pukul 12:43 tgh hari. Tambang bas 4200 yen. Sepanjang jalan permandangan memang sgt cantik, sebab lalu bukit bukau n lurah semua. Tapi sempat gak tertido. Bangun2 je tengok kat luar salji turun...kejut Azzubair bangun jugak.

Sampai kat Takayama, perut dah lapar. Kedai muslim friendly kat sini ada jer, sila rujuk web halal media japan, ada PDF pamphlet. Makan kat kedai ramen yg betul2 bertentang dengan Takayama Station.


Lepas dah kenyang, sambil nak tunggu check in hotel pukul 3, kami jalan2 kat area Takayama city (rujuk link kat bawah nanti).


Old Street

Pukul 3 check in hotel n rehat2 sampai maghrib. Sepatutnya sempat je tadi nak jalan2 ke Hida no Sato, tapi sbb rehat lama sangat, dah tutup pukul 5 tempat tu. Owh ye, semua tempat2 yg boleh di lawati ni tutup pukul 5. So, plan lah betul2 kalo nk jalan2 kat area sini. Tapi sebab tujuan kami nk ke Shirakawago, so kami tak kesah sgt. Azzubair nak dinner kat restoren Nepal, Onion Cheese nan dia, mmg sgt marvellous. Kat sini yg halal ayam n lamb shja.


Kami stay kat Country Hotel Takayam, kalo x silap satu malam dalam 8000 yen lebih kurang lah (resit dah buang, sorry). Hotel ni sgt dekat dengan station n tempat2 makan halal.
Breakfast di hotel

Esoknya, breakfast dulu kat hotel, pilih makanan yg boleh makan shja nasik, tofu, sayur, ikan, telur. Daging n ayam belum lagi halal kat hotel ni.
Lepas tu kami jalan sekejap kat area Takayama city ni lagi, konon nak pegi morning market, tapi try cari x ade pun, adalah dua tiga buah kedai yg bukak, maybe cuti gamaknya harini.



One day trip ke Suganuma & Shirakawago ni, dah reserve siap2 kat JTB, 6900 yen seorang. Kami join english trip, termasuk lunch. Dekat Takayama Nohi Bus Station, tunggu kat platform 6. tapi sebelum tu kena pegi kaunter n tujuk kertas reservation pastu diaorg akan bagi no seat and souvenir yg comel.
Dalam bas
Japan Apls

Tourist guides

Sangat terpesona (dari dalam bas)

Trip ni ada 4 org dari China, 2 org dari Singapore n kami Malaysia.

Tourist guide ni mmg bersungguh-sungguh terangkan pasal tempat2 yg kami nak pegi. Sepanjang jalan pemandangan memang cantik. Melalui bukit, bukau, lurah, sungai n tunnel.

Sampailah ke Suganuma:






Kemudian dari Suganuma bergerak ke Shirakawago. Kami lunch dulu kat atas bukit. ini mmg port cantik punya kalo nak bergambar. sayangnya x ade salji di Shirakawago harini, sedikit hampa.



Shirakawago: Unesco World Heritage





View dari Kanda House

Comel je umah kucing ni

dah macam pelayan kedai teh je ni

Suamiku seorang engineer. Suka sangat dengan design.  


Trip berakhir pukul 4 macam tu. Terima kasih tourist guide yg sgt baik, peramah n bersungguh ni.

Kami solat jamak zohor asar di Takayama station, x ada prayer room, cari je tempat ceruk sikit, amik wuduk dalam disable punya wash room.

Sebelum balik, kenalah isi perut dulu kan. Okay, restoren Thai Thanyaporn ni mmg marvelous! Pemilik restoren sgt peramah. Makanan sedap puas hati.
Udang dia, besar n segar gitu. Tomyam seafood kegemaranku and green curry kegemaran Azzubair. 

Gambar depan restoren

Azzubair request amikkan gambar toilet, pelik suami aku ni. 

Baru perasan, lightning toilet ni cantik.

Bergerak balik naik tren biasa, jam 6;43 ptg. Tambang 6580 yen. Tukar tren kat Gifu station, lepas tu tukar kat Maibara naik tren ke Seta. Kami solat jamak maghrib isyak dalam tren kali ni. Sampai rumah lebih kurang pukul 11 malam.
Keletihan tapi happy sangat!!!!
Azzubair datang hanya seminggu. Lagi dua hari dah nak balik...huhu.

http://www.city.takayama.lg.jp/_res/projects/default_project/_page_/001/007/493/muslim_pamph.pdf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan