Isnin, 30 Januari 2017
Kekadang
Ahad, 29 Januari 2017
Positive thinker
Kata mereka....
Kata mereka,
Buat baik berpada-pada,
Lalu ada yang berkira ada yang berpura-pura,
Meskipun yang tulus sejernih kaca,
Terus menyalur bakti buat nusa dan bangsa,
Setidak-tidaknya menanti pahala kurniaan yang Esa.
Kata mereka,
Tak kenal maka tak cinta,
Soalnya..mengapa mudah terpedaya dan ternoda,
Mungkinkah akal sejengkal tertepis dek naluri yang merasa,
Kembalilah pada al-furqan mendalami maknanya,
Memperteguh nawaitu mencari kasih abadi selamanya.
Kata mereka,
Kalah menang perkara biasa,
Yang teguh tidak selamanya di puncak jaya,
Biarpun yang jatuh akan bangkit menyelusuri cahaya,
Jika bukan di sini pasti akan diadili di alam sana,
Bicara al-Hakim penentu pengakhiran hambaNya.
Kata mereka,
Usah dikenang perkara yang sudah,
Lenyapkan derita sengsara jangan lagi dimadah,
Lantas ditinggalkan resah jiwa yang gundah,
Insan yang lemah terus bersujud dan menadah, Mengintai lorong-lorongberkah nan indah.
Kata mereka,
Jangan menilai dari paras rupa,
Adapun yang di depan tampak elok dipandang mata,
Mengharap isinya semanis bibir yang berkata,
Endahkan prasangka keji bisik syaitan durjana,
Tepuk dada pandu petunjuk yang Maha Bijaksana.
Kata mereka,
Setiap yang bermula pasti berakhir,
Langkah pertama ada kalanya gusar khuatir,
Geri laku berlalu tak henti bagai air sungai yang mengalir,
Sesekali diuji diduga dicuba seperti dipanah petir,
Ungkapkan lah tasbih Allahumma yassir wala tu ‘assir.
Nukilan: Sahabatku
Nor Siti Rokiah Abdul Razak
Rabu, 25 Januari 2017
Kekal kuat dan yakin akan Dia - stay strong and trust Him
Isnin, 23 Januari 2017
Jangan senyap...walau berjauhan
Sabtu, 21 Januari 2017
Melihat dunia dari kaca mata FB
Jumaat, 20 Januari 2017
Kemalangan ngeri di simpang 4 kubur cina ke Lumut
Macam-macam berita pasal mereka sampai ke pengetahuanku semalam dan harini.
Semalam aku yang mengesahkan bg pihak waris supaya Abg Wira boleh di transfer ke Hosp TLDM Lumut untuk further check up. Liza, anak sedara Kak Yus menandatangani document pengesahan bg pihak waris.
Di manakah waris2 terdekat kami? Kisah famili ku mmg susah utk diterangkan...
Abg yg sulung di Perlis, pencen askar, kakak sulung di Sg Siput, ibu tunggal, Abg kedua di Johor, malam ni otw ke Lumut, abg ke-3 kerja sendiri berniaga di pasar, kakak ke-2, suaminya sakit multiple sclerosis (MS, penyakit saraf), abg ke-4, OKU tinggal di kg bersama mak dan apak, aku di sini...mak pulak sudah 3 tahun terlantar, apak jaga emak dan beliau sendiri pun x sekuat dulu.
Tiada siapa yg harus dipersalahkan...sesungguhnya, hanya perlu memahami.
Kak Yus masih di Hosp Manjung, semalam operation dari pukul 5 hingga 12 malam. Dah boleh bercakap, tapi bergerak banyak tu x boleh lah...banyak yg patah.
Wira, wpun tak nampk kecederaan luaran, dalaman mungkin agak parah, masih blur2 lagi dia. Aku sahkan dia boleh ditransfer untuk kebaikan dia jugak, agar boleh jalani rawatan rapi di Hosp. tentera Lumut. Owh, baru mesej masuk, ada darah beku di tengkuk n belakang, Allahuakbar. Ya Allah, mudahkan...sesungguhnya memudahkan sesuatu perkara itu sgt mudah bgMu. Malam ni operation.
Laporan polis telah dibuat. Pemilik Hilux pun dah buat laporan jugak. Sekarang tunggu laporan dr saksi-saksi kejadian.
Mak apak di kg tak tahu keadaan mereka agak parah. Just bgtahu x teruk mana. Tapi semalam emosi mak agak tak stabil, semoga harini beransur baik. Mak akan aku hubungi sebentar lagi. Ahli keluarga mungkin semua akan melawat esok. Ahli keluarga plan nk bawak mak apak sekali esok, tapi aku cadangkan tak perlu lagi, takut nanti mak terkejut dan berlaku perkara tak diingini pulak.
Esok jugak, Azzubair akan gerak dari KL ke sana. Alhamdulillah, suamiku sgt memahami. Kiah, sahabat baik ku yg sentiasa baik, juga akan melawat. Dan aku...masih di sini, haruskah aku pulang ke Malaysia? Rasanya tidak perlu, doa akan selalu aku panjatkan utk kalian semua.
Teringat kata2 seorg ustazah/pakar motivasi, doa lagi cepat sampai kepada org yg kita doakan, kehadiran kita menziarahi mereka mungkin belum tentu pahalanya (lebih kuranglah mcm tu).
Abg Wira...dia anak lelaki bongsu, paling disayangi oleh mak. Sangat lembut tutur katanya, baik layanan dia terhadap mak. Mak kata, dia anak syurga. Ya Allah, jangan ambil Abg Wira lagi, kerna emak mungkin tidak tabah untuk ini berlaku.
Khamis, 19 Januari 2017
Berita sedih dan ngeri
Rabu, 18 Januari 2017
Snow War
Selasa, 17 Januari 2017
Cuti Musim Dingin di Takayama-Shirakawago
Sebab tak nak pening2 kepala pikir nk beli tiket and so on, so aku gunakan khidmat JTB kat Kyoto Tower, setakat ni servis diorg memang tip top!
Aku beli tiket bas (pergi), tiket tren (balik), tiket 1 day trip ke Shirakawago pun dekat JTB ni. Tapi sebelum pegi ke JTB ni make sure korang dah ada date, plan nk naik ape nak stay kat mana.
Sebab nk jimat n nak ala2 back packers gitu, so kami amik bas dari Kyoto Station ke Takayama, bas pukul 8;20 pagi sampai Takayama pukul 12:43 tgh hari. Tambang bas 4200 yen. Sepanjang jalan permandangan memang sgt cantik, sebab lalu bukit bukau n lurah semua. Tapi sempat gak tertido. Bangun2 je tengok kat luar salji turun...kejut Azzubair bangun jugak.
Sampai kat Takayama, perut dah lapar. Kedai muslim friendly kat sini ada jer, sila rujuk web halal media japan, ada PDF pamphlet. Makan kat kedai ramen yg betul2 bertentang dengan Takayama Station.
Lepas dah kenyang, sambil nak tunggu check in hotel pukul 3, kami jalan2 kat area Takayama city (rujuk link kat bawah nanti).
Pukul 3 check in hotel n rehat2 sampai maghrib. Sepatutnya sempat je tadi nak jalan2 ke Hida no Sato, tapi sbb rehat lama sangat, dah tutup pukul 5 tempat tu. Owh ye, semua tempat2 yg boleh di lawati ni tutup pukul 5. So, plan lah betul2 kalo nk jalan2 kat area sini. Tapi sebab tujuan kami nk ke Shirakawago, so kami tak kesah sgt. Azzubair nak dinner kat restoren Nepal, Onion Cheese nan dia, mmg sgt marvellous. Kat sini yg halal ayam n lamb shja.
Kami stay kat Country Hotel Takayam, kalo x silap satu malam dalam 8000 yen lebih kurang lah (resit dah buang, sorry). Hotel ni sgt dekat dengan station n tempat2 makan halal.
Esoknya, breakfast dulu kat hotel, pilih makanan yg boleh makan shja nasik, tofu, sayur, ikan, telur. Daging n ayam belum lagi halal kat hotel ni.
Lepas tu kami jalan sekejap kat area Takayama city ni lagi, konon nak pegi morning market, tapi try cari x ade pun, adalah dua tiga buah kedai yg bukak, maybe cuti gamaknya harini.
One day trip ke Suganuma & Shirakawago ni, dah reserve siap2 kat JTB, 6900 yen seorang. Kami join english trip, termasuk lunch. Dekat Takayama Nohi Bus Station, tunggu kat platform 6. tapi sebelum tu kena pegi kaunter n tujuk kertas reservation pastu diaorg akan bagi no seat and souvenir yg comel.
Tourist guide ni mmg bersungguh-sungguh terangkan pasal tempat2 yg kami nak pegi. Sepanjang jalan pemandangan memang cantik. Melalui bukit, bukau, lurah, sungai n tunnel.
Sampailah ke Suganuma:
Kemudian dari Suganuma bergerak ke Shirakawago. Kami lunch dulu kat atas bukit. ini mmg port cantik punya kalo nak bergambar. sayangnya x ade salji di Shirakawago harini, sedikit hampa.
Shirakawago: Unesco World Heritage
Trip berakhir pukul 4 macam tu. Terima kasih tourist guide yg sgt baik, peramah n bersungguh ni.
Kami solat jamak zohor asar di Takayama station, x ada prayer room, cari je tempat ceruk sikit, amik wuduk dalam disable punya wash room.
Sebelum balik, kenalah isi perut dulu kan. Okay, restoren Thai Thanyaporn ni mmg marvelous! Pemilik restoren sgt peramah. Makanan sedap puas hati.
Keletihan tapi happy sangat!!!!
Azzubair datang hanya seminggu. Lagi dua hari dah nak balik...huhu.
http://www.city.takayama.lg.jp/_res/projects/default_project/_page_/001/007/493/muslim_pamph.pdf