Rabu, 20 Disember 2017

Wanita tidak berkahwin cepat marah?

Otw nk ke kyoto beli omiyage utk kawan2 n sedara mara emak. Emak dah pesan dari bulan lepas lagi, kalo balik Msia belikan something utk mereka. Emak cakap, dioarg ni selalu dtg lawat emak, bg makanan n kemaskan umah. Mak cik Ja n Kak Nana, mmg orang yg aku kenal. Tapi ada sorang kawan mak ni, maid kepada Mak cik Ja, aku tak kenal lagi. Kata emak, dia asal dari Indon. 

Semalam berbual dengan Miza pasal ni. Then, kami ambil kata sepakat setuju. Benarkah wanita yang tidak berkahwin dalam usia yg lewat ni cepat marah n penuh emosi? 
Rasa macam tak adil pulak meletakkan status ni kepada mereka. Tapi, daripada pengalaman hidup, jika banyak deal dengan mereka, mungkin ada benar nya jugak penyataan ni.
Sebenarnye, nak kata benar 100% betul pun x boleh jugak, ada jugak wanita yg dah kawin tapi garang giler n nak marah aje. 

Menurut pakar psikologi, dan aku juga bersetuju dengan mereka, atau mereka juga bersetuju dengan pendapatku...haha, bahawa: 


Maka, sesiapa pun mereka yg mudah nk marah wpun pada perkara yg kecil or remeh, sebenarnya mereka memerlukan kasih sayang. Yaaaa! Kasih sayang. Besarnya nilai kasih sayang, cube anda fikirkan....
Nilai kasih sayang ni membentuk diri n peribadi. 

Isteri/ibu yg nak marah je pada benda2 kecil yg suami n anak2 dia buat, mungkin kurang kasih sayang dr suaminya. 

Wanita single yg nak marah pada benda2 simple n remeh juga, mungkin kurang kasih sayang yg diterima drpda parents , adik beradik or kawan2.

Tidak tertakluk pada wanita sahaja, lelaki pun sama. Ada je lelaki yang pemarah kan.

Tapi yang paling betul aku rase, what u give u get back. So, kalo kite x memberi kasih sayang, mcam mn kite nk dapat kasih sayang, setuju tak? 

Nilai lah diri sendiri semula, maybe sebelum tidur atau di mana2 tempat yg bg ketenangan (contohnya coffee house).  
Ask yourself, adakah aku seorang yang pemarah pada benda2 simple n remeh? Dan jika aku tak marah, adakah mungkin lebih harmoni hidup ku? 

Jom beri kasih sayang! Masih belum terlambat. 

*** semoga Dr Ain baik2 aje next week. Jgn marah ye😉


Isnin, 18 Disember 2017

Achievement dalam hidup

Kejap tadi berbual dgn husband pasal suami kepada Ho-san, kawan I org Vietnam yg dah habis PhD kat sini. Suaminya dulu dtg jepun belajar pasal kopi, then balik Vietnam bukak kedai kopi ala2 Tullys, dengan suasana yg cozy. Last year waktu visit Vietnam, sempat lah singgah kedai kopi dia. Time tu dia dah ada 2 cawangan (dalam tempoh lebih kurang 2 tahun). Suaminya Ho-san ni, sangat humble, biasa2 je orgnye. Banyak lah dia terangkan pasal kopi n kiteorg dapat minum free. 
Semalam bukak FB, tgok dia dah bukak "school of coffee". So I just singgah kat FB Ho-san n said Congrats! 
Sesuatu yg harus dibanggakan. 
Kawan2 Vietnam yg tgh buat phd kat SUMS ni pun mmg semangat diaorg kuat sgt. Sangat respect! 

Seorang lagi kawan, after 5 years berkhidmat dgn KKM, then buka speech therapy center sendiri, mmg respect dgn dia. Sekarang dah buat talk keliling Msia, masuk tv n berita. Patient mmg ramai Q nk masuk center dia. MasyaAllah bagus sgt Ruby. Berjasa kat masyarakat. Banyak ilmu dia share kat blog n FB. 

Kiah pulak, sekarang kat Acheh. Bagi talk kat sana. Hebat, mmg hebat! 

Inilah antara insan2 terdekat yg sempat dicoretkan di sini. Sebenarnya banyak lagi.

Dan aku, masih tak punya apa2 achievement. Tiada apa yg boleh dibanggakan lagi. Tiada kepuasan dalam hidup. Aku masih kurang berusaha n memberi sepenuh tenaga utk sesuatu yg 'tak tahu ape dia' (paham x?). 

Bila bgtahu kiah, kiah kata PhD kan almost done, harus dibanggakan. My answer is NO. Alhamdulillah Allah bg semua ni, tapi ianya bukan sesuatu yg boleh aku banggakan. Aku x berusaha gigih n tak struggle pun utk PhD ni. Tiada kepuasan diri dalam buat PhD ni. 

InsyaAllah, lagi dua bulan akan balik Msia. Tak sabar ingin bina empayar sendiri bersama husband. Macam2 dah kami plan utk kehidupan bersama dan membina sesuatu yg boleh dibanggakan oleh anak dan cucu, serta menjadi ladang pahala utk kami. Semoga Allah makbulkan impian kami, dgn usaha, doa n pertolongan Allah.

Satu lagi konsep org Melayu yg mungkin memang ada pada diri aku sendiri, yg mana aku sendiri tak suka. Selalu mengharapkan pertolongan Allah, tapi tidak berusaha bersungguh2, jika duduk saja, mmg tiada hasil n Allah tak tolong. 

Orang Melayu boleh maju, bijak2 belaka, cume kekadang salah konsep n kebijaksanaan disalahgunakan. Dan sesuatu yg banyak buat aku berfikir, Allah dah tolong kita banyak dah, tapi kita yg masih tak bersyukur dan tak berusaha gigih. 
Allah dah janji, jika kamu bersyukur Allah akan tambah nikmat. Dan Allah kata lagi, hanya kamu yg boleh ubah nasib diri kamu sendiri.

Ayuh,bersemangat! Bina empayar n achieve sesuatu yg boleh dibanggakan n jadi ladang pahala.


Ahad, 17 Disember 2017

Trial Mary Jardin


Weekend ni rilex je, x de aktiviti sgt pun. But, i really enjoy my weekend, i have time for myself. Yang penting tidak terikat dengan sesiapa, bebas buat aktiviti sendiri.

Nak buat coretan sikit pasal Mary Jardin.  Famous produk ni kat Msia. Produk tempatan, hasil tangan anak Msia, Dr Maryam (kalo tak silap lah), dia hasilkan produk sendiri dari nature.

Dah beli lama dah set Mary Jardin ni dari Fathiah, cume saje tinggalkan kat Msia. Last month, husband kirim kat adik ipar yg dtg ke sini. Padahal hal x mintak pun husband kirimkan, husband terlebih concern lah tu. 

Mula2 try sabun dia, masyaAllah, mmg berbeza bile pakai, x mcm pencuci muka biasa bile pas pakai kulit kering. Yg ni pas pakai kulit licin bak hang! 


Lepas cuci muka apply face oil. Boleh function utk make up remover and moisturizer. Since make up i x tebal, i pakai face oil ni pagi n malam sebelum apply cream or serum.

Then pastu try lak guna serum dia. Serum collagen plus uv protector. Serum dia jernih jer, bile pakai terus meresap. 

Semalam, baru pulak cube mask dia. Ok, this one mmg sangat2 teruja nk pakai. First time bancuh mask sendiri. Bancuh guna susu. Sapu kat muka and biarkan 15 min then bilas. Ok, kali ni mmg terasa sgt bersih n segar muka. 

Nampaknya, Lina Wati mungkin akan tetap bersama produk Mary Jardin ni. So, no more SK2 lah. At least kalo x mampu nk pakai semua produk Mary Jardin, pakai je lah clay soap dia. Kalo pakai soap dia ni korang potong lah dua n letak dlm bekas. Guna satu2. 







Khamis, 16 November 2017

Cincin emas putih batu sapphire

Sejak dua tiga harini asyik terbayangkan 'cincin emas putih batu sapphire' atau batu biru. Memang dari dulu menjadi idaman. Tapi bile fikir emas putih nilai harga nya rendah berbanding emas kuning, maka niat nk ada tu tolak tepi dulu. Emas putih lebih sesuai sebagai hiasan. Tapi emas kuning, hiasan pun boleh, investment pun boleh.
Walau bagaimanapun, InsyaAllah suatu hari nanti nak juga ada 'cincin emas putih batu sapphire'. tapi kenapa sapphire (safir or biru) , kenapa bukan ruby (merah delima), emerald (zamrud), or diamond (berlian). Sebab utama, dark blue/navy blue is my favourite color. Banyak koleksi baju and handbag biru. Bagiku, biru ni mendamaikan. Second reason, batu ni ada khasiat tersendiri.

Boleh rujuk link ni untuk tahu lebih lanjut
medan elektromagnet tubuh dan khasiat batu sapphire biru

jom cuci mata kejap...



cantik kan. geram sangat. tak sabar nak balik Malaysia. beli kat negara sendiri je lebih mudah. tapi kena cek kualiti batu ni, original atau sintetik. kena minta certificate. kualiti emas pun kena cek jugak. so kalo nak selamat belilah kat kedai emas yg berdaftar ye.

Emas putih ni hasil process bleaching emas kuning dan dicampur dengan logam nikel. maka, harganya lebih murah. rupa emas putih seakan-akan platinum. nak beli platinum of course lah tak mampu buat masa ni. Ingat....untuk pelaburan, belilah emas kuning. Utamakan lah emas kuning berbanding emas putih. Time sesak2, boleh lah hantar ar rahnu / pajak gadai Islam. Untuk emas putih biasanya standard adalah 18 karat (K) - 14K.

Karat adalah ukuran ketulenan emas. Tapi kat Malaysia kita lebih sinonim dengan nilai peratusan kandungan emas, bukan istilah karat. biasanya utk emas yg dipakai ni 916 (91.6%).


24 karat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) (emas sepuluh)-biasanya dinar/syiling emas
22 karat (emas 916, 91.6%)
21 karat (87.5%)
20 karat (83.3%)
18 karat ( 75.0% emas)  emas yang mempunyai batu. (cincin tunang, cincin perkahwinan)
14 karat ( 58.5%) emas campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
10 karat ( 41.7%)
9   karat   (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.

Emas 24 karat (K) adalah emas tulen. Untuk hiasan kita tak guna emas 24K, sebab terlalu lembut. 
contoh pengiraan: 
Emas 23K ialah : 23K bahagi 24K x 100 = 95,8% iaitu Mutu 958
Emas 22K ialah : 22K/24K x 100 = 91,6% iaitu Mutu 916
Emas 18K ialah : 18K/24K x 100 = 75% iaitu Mutu 750

Kalau nk beli barang kemas tengok lah cop 916. Jangan pegi tanya pulak cop 22K, ni bukan penggunaan standard di Malaysia. Sebabnya, emas cop 22K kat Malaysia mungkin berasal dari India dan tak disahkan ketulenannya di Malaysia. 

Selasa, 7 November 2017

Photograph

Lagu ni menjadi halwa telinga lately ni. Lagu ni merupakan salah satu soundtrack utk movie 'me before you'. BTW baru je tgok cerita ni semalam. Movie ni tak terlalu berat, ada unsur funny, happy,romantic and sedih.




Loving can hurt
Loving can hurt sometimes
But it's the only thing that I know
When it gets hard
You know it can get hard sometimes
It is the only thing that makes us feel alive

We keep this love in a photograph
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts are never broken
Times forever frozen still

So you can keep me
Inside the pocket
Of your ripped jeans
Holdin' me closer
'Til our eyes meet
You won't ever be alone
Wait for me to come home

Loving can heal
Loving can mend your soul
And it's the only thing that I know (know)
I swear it will get easier
Remember that with every piece of ya
And it's the only thing we take with us when we die

We keep this love in this photograph
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts were never broken
Times forever frozen still

So you can keep me
Inside the pocket
Of your ripped jeans
Holdin' me closer
'Til our eyes meet
You won't ever be alone

And if you hurt me
That's OK, baby, only words bleed
Inside these pages you just hold me
And I won't ever let you go

Wait for me to come home [4x]

Oh you can fit me
Inside the necklace you got when you were 16
Next to your heartbeat
Where I should be
Keep it deep within your soul

And if you hurt me
Well, that's OK, baby, only words bleed
Inside these pages you just hold me
And I won't ever let you go

When I'm away
I will remember how you kissed me
Under the lamppost
Back on 6th street
Hearing you whisper through the phone,
"Wait for me to come home."

P/S: 
to my Dear Husband,
please wait for me to come home. missing you!

Rabu, 27 September 2017

Bersabar dan teruskan bersabar

al-Quran penawar bagi segala-galanya.

Jelas nyata dalam Surah Taha ayat 130-131.

130: Maka, SABAR lah kamu (wahai Muhammad) atas segala apa yang mereka katakan dan ber TASBIH lah dengan memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya matahari dan ber TASBIH lah (pula) pada waktu tengah malam dan pada hujung siang hari, supaya kamu merasa TENANG.

Lihatlah bagaimana indahnya firman Allah ini. Ya, benar kita memang boleh bersabar, tapi antara kita ada yang mengatakan "sudah banyak bersabar, sudah penat bersabar". Untuk bersabar dengan cara yang betul ialah.... sabar dan disertai dengan BERTASBIH memuji Allah SWT. Allah menyatakan dengan lengkap waktu bila harus kita bertasbih dalam ayat di atas. Dan selepas bersabar dan bertasbih, kita akan perolehi KETENANGAN yang Allah kurniakan.

Seterusnya Allah berfirman lagi,

131: Dan janganlah kamu tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah kami berikan kepada beberapa golongan daripada mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk kami uji mereka dengannya. Dan kurniaan Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal.

Jelas sekali dalam ayat di atas, kita tak harus bandingkan diri kita dengan orang lain. Apa takdir Allah itulah yang terbaik. Yakinlah pada janji Allah, sesungguhnya janji Allah pasti benar.

Dekatkan dan gantunglah hatimu hanya kepada Allah.

Rabu, 20 September 2017

Dosa, istighfar dan terapi ketenangan

Setelah melakukan dosa, segera lakukan kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda: Bertaqwalah kepada Allah di mana saja kamu berada dan susullah sesuatu perbuatan dosa dengan kebaikan, pasti akan menghapuskannya dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik. (H.R. Tirmizi, Hadis Hassan).

Bertepatan dengan firman Allah di dalam surah Huud ayat 114:

"Sesungguhnya segala amal kebajikan menghapuskan segala perbuatan dosa"

Sifat Allah Yang Maha Pengampun dan menerima taubat hambaNya:

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasululllah SAW bersabda: Terdapat seorang lelalki yang belum pernah mengerjakan satu kebajikan pun berkata kepada keluarganya, apabila dia mati, maka hendaklah mereka membakar jenzahnya lalu menebarkan setengah dari abunya ke daratan dan setengah lagi ke lautan. Demi Allah! jika sekiranya Allah kuasa atasnya tentu Dia akan meyiksa dengan siksaan yang tidak pernah Dia timpakan kepada seorang pun di dunia ini. Kemudian lelaki itu meninggal dunia, mereka segera melaksanakan apa yang diperintahkannya. Lalu Allah memeritahkan daratan dan lautan untuk mengumpulkan abu jenazahnya yang diterbarkan kepadaNya. Kemudian Allah SWT berfirman, mengapakah kamu melakukan ini?Orang itu menjawab; kerana takut kepadaMu wahai Tuhanku, padahal Engkau sendiri lebih mengetahui. Lalu Allah mengampuni orang tersebut. (H.R. Muslim no. 4949)

Ganjaran Istighfar

Dari Ibnu Abbas RA, berkata RAsulullah SAW bersabda: Barangsiapa sentiasa beristighfar, nescaya Allah menjadikan untuk kesedihannya kelapangan dan untuk setiap kesempitannya jalan keluar, dan akan diberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (H.R. Abu Daud)

Ganjaran Istighfar dan Terapi Ketenangan

Surah Nuh ayat 10-12.

10. Maka aku berkata kepada mereka, mohonlah keampunan kepada TuhanMu (istighfar), sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Pengampun.

12. Nescaya Dia akan turunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu.

13. Dan Dia membanyakkan harta dan anak-anak dan mengadakan kebun-kebun untukmu, dan mengadakan sungai-sungai untukmu (harta banyak dan keturunan yang ramai).

*** Allah tundukkan dunia untuk kita dengan syarat "istighfar".
Ingatlah, Allah tak pernah mungkir janji.

astaghfirullah hal 'azim (aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung)

Khamis, 7 September 2017

Kerana Mu Al-Ghaffar

Manis senyuman, tutur dan budi
Baik, hebat dan mulia,
Zahirnya indah belaka.

               Namun, jika Engkau membuka apa yang terlintas di akalku,
               Pasti insan menjauh pergi,
               Suka bertukar benci.

Jika dosaku di siang dan malam hari Kau pertontonkan,
Nescaya, di bumi Mu aku tidak mampu lagi berjalan.

               Allah Al-Ghaffar,
               Kesempatan waktu Kau beri lagi,
               Agar aku perbaiki diri,
               Sebelum dipanggil kembali.

Baik, hebat, dan mulia,
Bukanlah aku benar-benar layak untuk itu,
Tapi, kerana kasih Mu Al-Ghaffar,
Menutupi segala aibku.

Nukilan:

Lina
Jumaat, Sep. 8.

Selasa, 30 Mei 2017

MEMBINA KELUARGA DAN BERKHIDMAT KEPADA MASYARAKAT DAN AGAMA

Alhamdulillah, Ramadhan hari ke-5.

Sejak beberapa bulan yang lepas, aku sering kali berfikir tentang objektif hidup. Untuk berjaya dalam hidup, setiap orang perlu ada goal jangka pendek, jangka masa sedehana dan jangka masa panjang.

Goal jangka masa panjang biasanya berkaitan dengan kerjaya dan sesuatu yang bermakna dalam hidup untuk dilakukan.
Buat masa ini, senarai goal jangka masa panjang aku hanya 'akhirat' spesifiknya memasuki syurga Allah.
Dari segi kerjaya, aku masih tak tahu di mana aku akan ditempatkan bila dah lapor diri nanti. Tak nak pikir lagi sekarang boleh tak, sebab nk tunggu paper accepted dulu. Once paper dah accepted baru lah nk sibuk tanya kat KKM pasal penempatan nanti. Tapi satu yang aku pasti, aku tak minat dengan research, walaupun ini bidang aku sekarang. So, I don't want to end up with things that I don't like. Aku tercari2, berfikir2, tanya dekat suami..."bidang ape yang sesuai dengan Lina?". Melihat suami yang sangat enjoy dengan kerjaya beliau, memang sangat cemburu.

Melihat Kak Lin dengan sale public mutual and sekarang dah jadi consultant, membuatkan aku nk menceburi bidang tu pulak, sebagai part timer ke. Hebantya Kak Lin, tak sangka perjumpaan pertama di atas flight from KL to KIX dengan beliau menjadikan kami kawan dan memberikan sumber inspirasi. Tapi bila tanya Kak Siti, katanya "Lina tak sesuai kot nak buat kerja tu"....dia mungkin nampak semua tu sbb dia mmg pandai menilik, lebih banyak pengalaman n seorang accountant pulak tu. Okay, so tolak tepi lah....btw, kerja mcm Kak Lin ni membantu masyarakat aware akan semua perkara berkaitan dengan simpanan kewangan, mengkayakan orang ekonomi Melayu Islam bumiputera jugak. Untuk makluman, top 5 yang buat sale tertinggi kat Public Mutual tu adalah orang Meayu Islam. Alhamdulillah. Seronok dengar cerita Kak Lin ni.

Kak Siti cakap, aku sesuai jadi penceramah motivasi macam Prof Mohaya, not bad kan? Ada jugak cita-cita tu, aku mmg cenderung kepada motivasi dan agama. Sempat jugak aku bertanya pada Kak Siti and husband dia macam mana nk jadi wakil rakyat? katanya kena menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Apakah yang aku harus sumbangkan kepada orang kat kampung supaya diaorg memilih aku sebagai wakil rakyat. tapi sebelum bertanding kena join parti mana-mana dulu. Kalo join BN, suami mmg tak setuju, silap2 boleh dibuang keluarga nanti....huhu.

Dan, sesuatu yang aku pasti, dan aku yakin aku pasti akannya....aku nak berkhidmat untuk masyarakat (ummah) dan agama. Ya...inilah salah satu long term goals aku, charity work. Buat masa ni mungkin tak boleh lagi nak launch charity team sendiri, so apa kata kita join dulu jadi volunteer. Okay, done, dah subscribe jadi volunteer untuk Islamic Relief Malaysia.

Ya Allah, mudahkan perjalan PhD aku ini, mudahkan paper ku untuk diterima. Nak sangat cepat2 balik Malaysia, membina keluarga dan berkhidmat kepada masyarakat dan agama.
Antara target badan kebajikan yang aku nak visit nanti ialah:
1. Rumah Nur Salam Chow Kit
2. Raudhatus Sakinah


So now, I got the point...."MEMBINA KELUARGA DAN BERKHIDMAT KEPADA MASYARAKAT DAN AGAMA"

doakan ya.

Jumaat, 26 Mei 2017

Jiwaku

Jumaat hampir melabuhkan tirainya
Dan aku, gagal lagi meraih berkatnya
Kekhusyukan rapuh kembali
Al-kahfi separuh hanya
Al-matsurat pagi ketinggalan sudah
Al-matsurat petang apa tah lagi

Bilik ini terasa sempit
Benarkah bilik yang sempit, atau jiwaku sendiri
Ya, jiwa ku kepenatan, kepanasan dek duniawi

Lalu, aku tinggalkan segalanya
Ke tempat yang mungkin ku temui sejuk, damai dan tenang

Ayuh, bangunlah jiwa, gagahlah berdiri
Berhubunglah denganNya
Raihlah waktu-waktu yang tersisa ini
Masih belum terlambat
Habiskan al-kahfimu, sempurnakan amalan al-mathuratmu

InsyaAllah, ketenangan datang dengan izinnya. 

*Di dunia kau boleh lari, mencari tempat yg lebih baik. Tapi di sana nanti, ke mana kau akan lari? 

Rabu, 24 Mei 2017

Dari aku untuk kau, yakni aku

Bagaimana kau bisa tidur nan lena
Sedangkan dosamu bertimbun
Hidupkanlah malam ampunanNya dipohon.

Bagaimana kau bisa ketawa besar
Sedangkan neraka untuk kau yang berdosa
Banyakkan lah tangisan nyesali diri pada Yang Esa.

Bagaimana kau bisa senang lenang di sini
Sedangkan kehidupan di sana perit sekali
Bermuhasabahlah insafi diri, berkali-kali. 



Selasa, 23 Mei 2017

Maafkan aku

Aku dambakan keampunanMu ya Allah
Keinginan yang sangat-sangat akan keampunanMu
Sangat-sangat ya Allah
Siapakah lagi yang boleh mengampuni aku kecuali Engkau
Terimalah taubat hambaMu yang hina ini
Tutuplah jua aib ku.

Maafkan keterlanjuran aku padaMu
Kerna dahulu, aku tidak mengerti erti hidup sebagai hambaMu
Maafkan aku kerna gagal mengenaliMu
Maafkan aku kerna telah menjauh dariMu
Maafkan aku kerna mengabaikan janjiku padaMu sebelum aku lahir ke dunia ini.

Atas segala buruk laku ku padaMu
Engkau tetap mengasihi aku
Tak terhitung nikmatMu dari dulu hingga aku yang kini
Engkau begitu baik dan Maha Pemurah.

Ya Allah, kini aku...
Aku takut untuk berjauhan denganMu
Aku takut jika Engkau membiarkan aku
Kerna aku telah sedar
Tiada kebergantungan lain yang sekukuh kebergantungan padaMu
Dan, tiada cinta lain seagung cintaMu

Isnin, 22 Mei 2017

Al-ma'thurat & di mana Islam dalam diri kita?

Di petang yang damai, kupanjatkan rasa syukurku padaMu ya Rabb. Sesungguhnya apa sahaja nikmat yang aku perolehi daripada mana-mana makhlukMu adalah daripadaMu jua.

Antara kelebihan membaca Al-ma'thurat

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat
4. Selamat dari segala sesuatu
5. Allah menyempurnakan nikmatNya ke atas orang yang membacanya
6. Allah berhak meredhainya
7. Tidak ada sesuatu yg mendatangkan mudharat kepadanya
8. Terhindar daripada syirik
9. Selamat dari bisa atau sengatan makhluk beracun
10. Dimudahkan menyelesaikan hutang2
11. Berhak dapat syafaat di hari kiamat
12. Sesiapa yang membacanya di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allag hingga waktu petang. Dan sesiapa membacanya  diwaktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi
13. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah saw dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan. 

Dalam kehidupan ni macam2 perkara yg kita hendak dan ingini. Tapi sesungguhnya dalam apa jua keadaan pun, perlindungan dari Allah azza wajala (Yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia) paling diperlukan. 

Dipetik dari ceramah Ustaz Ebit Liew, 
Tiga zikir ni jika diamalkan pagi dan petang akan mendapat perlindungan Allah SWT. Zikir ini juga terdapat dapat al-ma'thurat. 
Diamalkan 7 kali pagi dan 7 kali petang

Diamalkan 3 kali pagi dan 3 kali petang

Diamalkan 3 kali pagi dan 3 kali petang

InsyaAllah.

Sedikit perkongsian, al-ma'thurat yang mengandungi doa dan zikir ni disusun oleh Imam Hassan al-Banna. Beliau lah yg menubuhkan Ikhwanul Muslimin di saat Islam telah hilang dari jiwa pemuda pemudi penganut Islam itu sendiri. 
Di mana Islam dalam diri kita? 






Khamis, 18 Mei 2017

"Apakah kamu merasa puas dengan kehidupan dunia?"

Diskusi bersama seorang sahabat tempoh hari membicarakan tentang orang di sekeliling kami. 

Kawan A, baharu shja tamat graduasi PhD. Kawan B masih belum menyiapkan tesis master. 

Kawan C, telah berkahwin dan bakal punyai cahaya mata. Kawan D masih belum punyai cahaya mata wpun dah lama kawin. Kawan E pulak, masih belum  kawin pun. 

Kawan F, belajar biasa2 je, tapi sekarang income besar mak aihh....kawan G, baru buat PhD, kerja belum pasti lagi. 

Begini lah jika kita membicarakan tentang manusia, dan cuba membandingkan mereka semua, termasuk lah membandingkan diri sendiri jugak. Tidak akan habis sampai bila2. 

Alpanya kita pada Sang Pencipta, kerana tidak berbicara tentang alam ciptaannya.

Dalam al-quran Allah berfirman, "......apakah kamu merasa puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. "
At taubah 38.

Astagfirullahalazim. 
"Ya Rabb, Jadikanlah tujuan hidupku akhirat"

Tujuan hidup akhirat bukan maknanya kita hanya solat, mengaji, dan berdoa shja, skopnya sangat luas bila tujuan hidup ini adalah akhirat. Berkerja juga untuk kehidupan akhirat, dengan kerja yg ikhlas n bersungguh, dapat rezeki yg halal untuk membayar zakat, menyara keluarga, menderma....kan akhirnya tujuan nya tetap akhirat. 
Fikir fikirkan lah....


Selasa, 16 Mei 2017

Malaysian in Shiga, Japan.


Inilah rakyat Malaysia di Shiga, specifically dekat2 area Kusatsu. 

In total, there are about 50, some of them are too busy and cannot join our gathering on last Sunday. 

Biwako sangat sinonim dgn Shiga, so BBQ buat kat area tasik ni lah. 

Yang gagah naik basikal (basikal bateri boleh la....kalo basikal biasa, mau berpeluh2).


Sabda Rasulullah saw diriwayatkan oleh oleh Abu Hurairah ra berkata: 

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia memuliakan tetamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia menyambung hubungan silaturrahim".






Ahad, 14 Mei 2017

Kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir

Keadaan getir dan runsing melanda hidup, suasana yang tenat sangat memerlukan rahmat atau 'kesian' Allah kepada kita. Allah lah menjadi penyejuk perasaan & memberi harapan.

Jiwa yang benar-benar bergantung kepada Alllah, ketenangan itu hadir sebelum pertolongan Allah turun. 

Betapa ramai orang yang menemui iman dan amalan soleh dek kerana ujian yang menimpanya.

Betapa ramai manusia yang bersarang bongkak dan takabbur dalam jiwa, tidak dapat ditegur dan dididik tetapi akhirnya menjadi insan yang tawaduk kepada Allah dan menghargai insan lain, setelah ujian hidup yang getir.

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir"
Al-Qasas, 24.
Fakir: amat memerlukan

Dipetik dari Minda Tajdid Dr MAZA. 



Sabtu, 13 Mei 2017

Semoga engkau memiliki sifat terpuji Muadz bin Jabal

Assalamualaikum wbt, Happy Sunday.

Beberapa hari lepas Kak Zura (kakak ipar), selamat lahirkan baby boy, Muaz namanya. Alhamdulillah. Semoga Muaz sehebat sahabat Rasulullah, Muadz bin Jabal RA.
Geram kan tengok pipi dia.

So lepas je tahu nama anak kakak ni Muaz, aku pun sibuk lah membaca pasal Muadz bin Jabal RA.

Ada satu hadis panjang Rasulullah kepada Muadz bin Jabal. Boleh baca di sini.



Sinopsisnya, dalam hadis ni diceritakan di setiap lapisan langit yang tujuh, ada malaikat yang menjaga pintunya.  Setiap amalan hamba perlu melepasi setiap peringkat ini. Deceritakan oleh Rasulullah SAW, ada malaikat yang membawa daripada 8 orang hamba, setiap amalan tersebut tidak dapat menembusi peringkat2 tersebut, sehingga ada satu hamba yang amalannya melepasi langit ke-7 dah sampai kepada Allah. Namun amalan itu tidak diterima oleh Allah SWT yang Maha Mengetahui kerana amalannya bukan kerana mengharapkan Allah, maka laknat Allah kepada hamba ini, dan malaikat turut melaknatinya.


Apabila Muadz mendengar hadis ini, beliau menangis dan bertanya kepada Rasulullah SAW, "ya Rasul Allah, Engkau kekasih Allah sedangkan aku hanya Muad, bagaimana bisa aku selamat dan bebas dari semua itu (amalan yang tidak diterima Allah)?

Rasullah menjawab,
Ikutilah aku, jika terdapat kekurangan dalam amal ibadahmu maka peliharalah lisanmu dari membicarakan keburukan saudaramu dengan cara membawa al-quran (untuk sibukkan lisanmu membacanya.


Sibukkan diri mu memikirkan dosa-dosamu ketika melihat dosa-dosa orang lain, jangan kamu merasa  lebih suci dari orang lain dengan mencela mereka, jangan bersikap angkuh terhadap mereka dan jangan lah mencampur amalan dunia ke dalam amalan akhirat, janganlah riya' dengan amal ibadahmu, dan jangan lah berlaku sombong, jangan suka membuka rahsia oarng lain, jangan merasa diri lebih agung di hadapan manusia, kerana hal ini pasti akan menyebabkan terputusnya kebaikan dunia dan kebaikan akhirat darimu. Jangan Suka melukai hati orang lain dengan lisanmu, sebab kelak anjing-anjing neraka akan mengoyak-ngoyakkan tubuhmu pada hari pembalasan.

Rujuk firman Allah di sini https://www.wisatakhalifa.com/tazkiyah/hadits-muadz-bin-jabal/

Aku (Muadz) bertanya, siapakah yang mampu selamat dari sifat2 yang menjadi penyebab amalan seseorang tidak diterima ini wahai Rasulullah?
Baginda memnjawab, Wahai Muadz, sesungguhnya sangat mudah bagi orang yang dimudahkan allahuntuknya, cukuplah kamu mencintai sesuatu yang dimiliki oleh manusia seperti kamu mencintai hal tersebut untuk dirimu, dan membenci sesuatu yang menimpa manusia seperti kamu membenci hal terseut menimpamu, nescaya kamu akan selamat wahai Muadz"

Inilah hadith Muadz bin Jabal, yang mengajar kita, sehebat sebanyak atau sebersih mana pun amalan kita jika tidak terbebas daripada sifat tercela seperti di dalam hadith yang panjang itu,
ghibah (suka bicara buruk orang)
riya' (suka dilihat dan dipuji)
takabbur (sombong)
ujub (membangga diri berlebihan)
hasad (iri hati)
tidak memiliki belas kasihan
sum'ah (ingin didengar dan sebut2 namanya/terkenal)
tidak ikhlas mengharapkan keredhaan Allah

Maka, jangan harap amalan akan diterima Allah SWT.



Rabu, 10 Mei 2017

Besarnya rahmat dan keampunan Allah SWT



Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).



Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53: (maksudnya), Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

.

Isnin, 8 Mei 2017

Fuji no hana

"Dan bumi yang Kami hamparkan dan kami pancangkan di atasnya gunung-ganang yg kukuh dan Kami tumbuhkan di atasnya tanaman-tanaman yg indah. 

Untuk menjadi pelajaran dan peringatan bg setiap hamba yang kembali (berserah kepada Allah)"

Al-qaf: 7-8






Antara destinasi Wisteria di Shiga, Sendai Jinja, Kusatsu. Tak berapa besar pun tempat ni, tapi boleh lah kalo nak merasa pengalaman bersama Wisteria.
Pertengahan bulan May, bunga ni full bloom.
Berbunga-bunga jiwa ni melihat keindahan alam. Subhanallah.




Rabu, 26 April 2017

Syair terakhir Imam asy-Syafi'i

Diriwayatkan dari Imam al-Muzanniy (murid terdekat Imam asy-Syafi’i), dia bertutur: “Aku membesuk asy-Syafi’i ketika beliau ditimpa sakit yang mengantarkannya pada ajal. Aku pun berkata padanya: ‘Bagaimana keadaanmu wahai guru?’
Beliau menjawab: ‘Keadaanku layaknya seseorang yang akan pergi meninggalkan dunia, yang segera akan berpisah dengan saudara, yang sejenak lagi akan meneguk gelas kematian, yang akan bertemu dengan buruknya amalku, yang akan menghadap Allah. Aku tak tahu, apakah ruhku akan terbang melayang menuju surga, hingga aku pantas mengucapkan selamat padanya, ataukah akan terlempar ke neraka, hingga aku berbelasungkawa atasnya (dengan harapan akan ampunan-Nya)’. Kemudian beliau menengadahkan wajah ke langit, seraya bersenandung:
“Hanya pada-Mu, wahai Tuhan segenap makhluk, aku tengadahkan hasratku
“Sekalipun aku, wahai Dzat Pemilik Anugrah, adalah seorang pendosa.
“Tatkala hatiku telah mengeras, dan jalan-jalanku telah menyempit
“Kujadikan harapanku terhadap ampunan-Mu sebagai tangga.
“Betapa besar dosaku, namun ketika kusandingkan dengan
“Ampunan-Mu wahai Rabb-ku, sungguh ampunan-Mu jauh lebih besar.
“Senantiasa Engkau Pemilik Ampunan atas dosa, terus menerus Engkau
“Menderma dan memaafkan (hamba-Mu) sebagai anugerah dan karunia.
“Jika bukan karena-Mu, niscaya tak ada seorang hamba pun yang kan selamat dari Iblis
“Betapa tidak, sungguh dia (Iblis) telah menggelincirkan Adam, kekasih-Mu.
“Jika Engkau memaafkanku, sungguh Engkau telah memaafkan seorang durjana
“yang teramat lalim dan aniaya, lagi senantiasa bergelimang dosa.
“Jikalau Engkau hendak menyiksaku, maka sungguh aku tak’kan pernah putus dari asa
“Kendatipun Engkau akan melemparku ke dalam Jahannam karena kejahatanku.
“Sungguh kejahatanku teramat besar sejak dulu hingga kini
“Namun maaf-Mu wahai Pemilik Ampunan, lebih tinggi lagi agung. 



Selasa, 11 April 2017

Kebahagiaan akan Tertangguh Selagi Kita Membandingkan Hidup Kita Denganhidup Orang Lain

As salam. Moga sahabat2 semua sentiasa berada dlm lindungan, rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Saya meminjam kata2 hikmah drpd Ustaz Long Kechik yg cukup menarik utk kita renungi bersama.....

Kata Ustaz Long Kechik;

"Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu milik Tuhan, 
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan untuk apa digunakan"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Salam 8 Rejab 1438H

#copypaste

Gambar hiasan, sakura 2017 di Keage Incline & Philosopher path.




Rabu, 22 Mac 2017

Suamiku Mr. Engineer


Dah mcm tajuk drama tv pulak rasenye. 
Tapi ini bukan drama,ini realiti. 

Harini genap 3 tahun kami hidup sebagai suami isteri. Sepanjang ni mmg byk suka duka mainan perasaan n mcm2 lagi yg dilalui. Alhamdulillah...bahagia. 

Aku suka pekerjaan suami ku ni, kerja di private. Owh...lupa nak habaq, suamiku, Azzubair. Setakat ni dia dah kerja kat 3 company, Jurutera Perunding Zaaba, VSL dan sekarang JEKS. 
Dengan JEKS ni x sampai setahun lagi. Tapi aku sebagai isteri merasakan, JEKS ni lebih baik dr company sebelum ni. Kawan2 dia kat sini baik2 je, selalu solat jemaah (ukuran baik, hihi) ramai jugak lah kawan2 azzubair yg aku kenal. Setiap kali balik dr Jepun mesti ada buah tangan utk diaorg semua. 
Jawatan suami ku, Design Engineer. Aku pun konpius awal2 dulu ape beza arkitek dgn design engineer ni. Cerita nya mcm ni, arkitek bg reka bentuk bangunan yg futuristik or moden or cantik2 bagai, tapi nk mempastikan kestabilan or boleh buat x bangunan tu adalah kerja suami aku. Azzubairlah yg design ceracak2 dalam bangunan tu, material ape nk guna, berapa panjang mengikut kestabilan etc.
Lepas dah siap part design engineer baru pas kat drafter utk buat drawing. Pastu Azzubair kena cek semula kerja drafter tu betul ke x....itulah serba sedikit. 
Best je aku tgok Azzubair buat design, bile suatu design tu berjaya boleh buat, dia pun menjerit YES!!!
I know, he loves his work! Bagus sgt kan...bila suka dgn pekerjaan, mesti akan buat dgn bersungguh2.
Alhamdulillah. Gaji x lah berapa besar sgt, tapi mampu lah nk hidup.

Azzubair plan nk amik Ir soon. Semoga Allah mudahkan segalanya.
Harini Azzubair turun site kat USIM. 
Ni projek under JKR, and first time nk guna precast. Azzubair cakap kalo project ni berjaya, pasni banyak lah job gov guna precast.
Okay, ape itu precast. Maksudnya, contoh lah senang, buat tiang konkrit besar kat kilang, pastu angkut ke site terus pasang. Kalo bukan precast, buat tiang konkrit tu kat site terus, kaedah ni amik space yg besar n banyak faktor cuaca or environment mempengaruhi (ada penyakit berjangkit ke kat site tu).

X de rupa langsung nk jadi engineer kan? InsyaAllah anak2 yg bakal lahir nanti boleh ikut jejak langkah papa. Jangan ikut jejak mama. Mama masih tercari2 profesyen ape yg bagus ni....masih bingung, apakah yg diminati n boleh buat.