Manis senyuman, tutur dan budi
Baik, hebat dan mulia,
Zahirnya indah belaka.
Namun,
jika Engkau membuka apa yang terlintas di akalku,
Pasti
insan menjauh pergi,
Suka
bertukar benci.
Jika dosaku di siang dan malam hari Kau
pertontonkan,
Nescaya, di bumi Mu aku tidak mampu lagi berjalan.
Allah Al-Ghaffar,
Kesempatan
waktu Kau beri lagi,
Agar
aku perbaiki diri,
Sebelum
dipanggil kembali.
Baik, hebat, dan mulia,
Bukanlah aku benar-benar layak untuk itu,
Tapi, kerana kasih Mu Al-Ghaffar,
Menutupi segala aibku.
Nukilan:
Lina
Jumaat, Sep. 8.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan