Khamis, 16 November 2017

Cincin emas putih batu sapphire

Sejak dua tiga harini asyik terbayangkan 'cincin emas putih batu sapphire' atau batu biru. Memang dari dulu menjadi idaman. Tapi bile fikir emas putih nilai harga nya rendah berbanding emas kuning, maka niat nk ada tu tolak tepi dulu. Emas putih lebih sesuai sebagai hiasan. Tapi emas kuning, hiasan pun boleh, investment pun boleh.
Walau bagaimanapun, InsyaAllah suatu hari nanti nak juga ada 'cincin emas putih batu sapphire'. tapi kenapa sapphire (safir or biru) , kenapa bukan ruby (merah delima), emerald (zamrud), or diamond (berlian). Sebab utama, dark blue/navy blue is my favourite color. Banyak koleksi baju and handbag biru. Bagiku, biru ni mendamaikan. Second reason, batu ni ada khasiat tersendiri.

Boleh rujuk link ni untuk tahu lebih lanjut
medan elektromagnet tubuh dan khasiat batu sapphire biru

jom cuci mata kejap...



cantik kan. geram sangat. tak sabar nak balik Malaysia. beli kat negara sendiri je lebih mudah. tapi kena cek kualiti batu ni, original atau sintetik. kena minta certificate. kualiti emas pun kena cek jugak. so kalo nak selamat belilah kat kedai emas yg berdaftar ye.

Emas putih ni hasil process bleaching emas kuning dan dicampur dengan logam nikel. maka, harganya lebih murah. rupa emas putih seakan-akan platinum. nak beli platinum of course lah tak mampu buat masa ni. Ingat....untuk pelaburan, belilah emas kuning. Utamakan lah emas kuning berbanding emas putih. Time sesak2, boleh lah hantar ar rahnu / pajak gadai Islam. Untuk emas putih biasanya standard adalah 18 karat (K) - 14K.

Karat adalah ukuran ketulenan emas. Tapi kat Malaysia kita lebih sinonim dengan nilai peratusan kandungan emas, bukan istilah karat. biasanya utk emas yg dipakai ni 916 (91.6%).


24 karat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) (emas sepuluh)-biasanya dinar/syiling emas
22 karat (emas 916, 91.6%)
21 karat (87.5%)
20 karat (83.3%)
18 karat ( 75.0% emas)  emas yang mempunyai batu. (cincin tunang, cincin perkahwinan)
14 karat ( 58.5%) emas campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
10 karat ( 41.7%)
9   karat   (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.

Emas 24 karat (K) adalah emas tulen. Untuk hiasan kita tak guna emas 24K, sebab terlalu lembut. 
contoh pengiraan: 
Emas 23K ialah : 23K bahagi 24K x 100 = 95,8% iaitu Mutu 958
Emas 22K ialah : 22K/24K x 100 = 91,6% iaitu Mutu 916
Emas 18K ialah : 18K/24K x 100 = 75% iaitu Mutu 750

Kalau nk beli barang kemas tengok lah cop 916. Jangan pegi tanya pulak cop 22K, ni bukan penggunaan standard di Malaysia. Sebabnya, emas cop 22K kat Malaysia mungkin berasal dari India dan tak disahkan ketulenannya di Malaysia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan