Kawan A, baharu shja tamat graduasi PhD. Kawan B masih belum menyiapkan tesis master.
Kawan C, telah berkahwin dan bakal punyai cahaya mata. Kawan D masih belum punyai cahaya mata wpun dah lama kawin. Kawan E pulak, masih belum kawin pun.
Kawan F, belajar biasa2 je, tapi sekarang income besar mak aihh....kawan G, baru buat PhD, kerja belum pasti lagi.
Begini lah jika kita membicarakan tentang manusia, dan cuba membandingkan mereka semua, termasuk lah membandingkan diri sendiri jugak. Tidak akan habis sampai bila2.
Alpanya kita pada Sang Pencipta, kerana tidak berbicara tentang alam ciptaannya.
Dalam al-quran Allah berfirman, "......apakah kamu merasa puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. "
At taubah 38.
Astagfirullahalazim.
"Ya Rabb, Jadikanlah tujuan hidupku akhirat"
Tujuan hidup akhirat bukan maknanya kita hanya solat, mengaji, dan berdoa shja, skopnya sangat luas bila tujuan hidup ini adalah akhirat. Berkerja juga untuk kehidupan akhirat, dengan kerja yg ikhlas n bersungguh, dapat rezeki yg halal untuk membayar zakat, menyara keluarga, menderma....kan akhirnya tujuan nya tetap akhirat.
Fikir fikirkan lah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan