Selasa, 30 Mei 2017

MEMBINA KELUARGA DAN BERKHIDMAT KEPADA MASYARAKAT DAN AGAMA

Alhamdulillah, Ramadhan hari ke-5.

Sejak beberapa bulan yang lepas, aku sering kali berfikir tentang objektif hidup. Untuk berjaya dalam hidup, setiap orang perlu ada goal jangka pendek, jangka masa sedehana dan jangka masa panjang.

Goal jangka masa panjang biasanya berkaitan dengan kerjaya dan sesuatu yang bermakna dalam hidup untuk dilakukan.
Buat masa ini, senarai goal jangka masa panjang aku hanya 'akhirat' spesifiknya memasuki syurga Allah.
Dari segi kerjaya, aku masih tak tahu di mana aku akan ditempatkan bila dah lapor diri nanti. Tak nak pikir lagi sekarang boleh tak, sebab nk tunggu paper accepted dulu. Once paper dah accepted baru lah nk sibuk tanya kat KKM pasal penempatan nanti. Tapi satu yang aku pasti, aku tak minat dengan research, walaupun ini bidang aku sekarang. So, I don't want to end up with things that I don't like. Aku tercari2, berfikir2, tanya dekat suami..."bidang ape yang sesuai dengan Lina?". Melihat suami yang sangat enjoy dengan kerjaya beliau, memang sangat cemburu.

Melihat Kak Lin dengan sale public mutual and sekarang dah jadi consultant, membuatkan aku nk menceburi bidang tu pulak, sebagai part timer ke. Hebantya Kak Lin, tak sangka perjumpaan pertama di atas flight from KL to KIX dengan beliau menjadikan kami kawan dan memberikan sumber inspirasi. Tapi bila tanya Kak Siti, katanya "Lina tak sesuai kot nak buat kerja tu"....dia mungkin nampak semua tu sbb dia mmg pandai menilik, lebih banyak pengalaman n seorang accountant pulak tu. Okay, so tolak tepi lah....btw, kerja mcm Kak Lin ni membantu masyarakat aware akan semua perkara berkaitan dengan simpanan kewangan, mengkayakan orang ekonomi Melayu Islam bumiputera jugak. Untuk makluman, top 5 yang buat sale tertinggi kat Public Mutual tu adalah orang Meayu Islam. Alhamdulillah. Seronok dengar cerita Kak Lin ni.

Kak Siti cakap, aku sesuai jadi penceramah motivasi macam Prof Mohaya, not bad kan? Ada jugak cita-cita tu, aku mmg cenderung kepada motivasi dan agama. Sempat jugak aku bertanya pada Kak Siti and husband dia macam mana nk jadi wakil rakyat? katanya kena menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Apakah yang aku harus sumbangkan kepada orang kat kampung supaya diaorg memilih aku sebagai wakil rakyat. tapi sebelum bertanding kena join parti mana-mana dulu. Kalo join BN, suami mmg tak setuju, silap2 boleh dibuang keluarga nanti....huhu.

Dan, sesuatu yang aku pasti, dan aku yakin aku pasti akannya....aku nak berkhidmat untuk masyarakat (ummah) dan agama. Ya...inilah salah satu long term goals aku, charity work. Buat masa ni mungkin tak boleh lagi nak launch charity team sendiri, so apa kata kita join dulu jadi volunteer. Okay, done, dah subscribe jadi volunteer untuk Islamic Relief Malaysia.

Ya Allah, mudahkan perjalan PhD aku ini, mudahkan paper ku untuk diterima. Nak sangat cepat2 balik Malaysia, membina keluarga dan berkhidmat kepada masyarakat dan agama.
Antara target badan kebajikan yang aku nak visit nanti ialah:
1. Rumah Nur Salam Chow Kit
2. Raudhatus Sakinah


So now, I got the point...."MEMBINA KELUARGA DAN BERKHIDMAT KEPADA MASYARAKAT DAN AGAMA"

doakan ya.

Jumaat, 26 Mei 2017

Jiwaku

Jumaat hampir melabuhkan tirainya
Dan aku, gagal lagi meraih berkatnya
Kekhusyukan rapuh kembali
Al-kahfi separuh hanya
Al-matsurat pagi ketinggalan sudah
Al-matsurat petang apa tah lagi

Bilik ini terasa sempit
Benarkah bilik yang sempit, atau jiwaku sendiri
Ya, jiwa ku kepenatan, kepanasan dek duniawi

Lalu, aku tinggalkan segalanya
Ke tempat yang mungkin ku temui sejuk, damai dan tenang

Ayuh, bangunlah jiwa, gagahlah berdiri
Berhubunglah denganNya
Raihlah waktu-waktu yang tersisa ini
Masih belum terlambat
Habiskan al-kahfimu, sempurnakan amalan al-mathuratmu

InsyaAllah, ketenangan datang dengan izinnya. 

*Di dunia kau boleh lari, mencari tempat yg lebih baik. Tapi di sana nanti, ke mana kau akan lari? 

Rabu, 24 Mei 2017

Dari aku untuk kau, yakni aku

Bagaimana kau bisa tidur nan lena
Sedangkan dosamu bertimbun
Hidupkanlah malam ampunanNya dipohon.

Bagaimana kau bisa ketawa besar
Sedangkan neraka untuk kau yang berdosa
Banyakkan lah tangisan nyesali diri pada Yang Esa.

Bagaimana kau bisa senang lenang di sini
Sedangkan kehidupan di sana perit sekali
Bermuhasabahlah insafi diri, berkali-kali. 



Selasa, 23 Mei 2017

Maafkan aku

Aku dambakan keampunanMu ya Allah
Keinginan yang sangat-sangat akan keampunanMu
Sangat-sangat ya Allah
Siapakah lagi yang boleh mengampuni aku kecuali Engkau
Terimalah taubat hambaMu yang hina ini
Tutuplah jua aib ku.

Maafkan keterlanjuran aku padaMu
Kerna dahulu, aku tidak mengerti erti hidup sebagai hambaMu
Maafkan aku kerna gagal mengenaliMu
Maafkan aku kerna telah menjauh dariMu
Maafkan aku kerna mengabaikan janjiku padaMu sebelum aku lahir ke dunia ini.

Atas segala buruk laku ku padaMu
Engkau tetap mengasihi aku
Tak terhitung nikmatMu dari dulu hingga aku yang kini
Engkau begitu baik dan Maha Pemurah.

Ya Allah, kini aku...
Aku takut untuk berjauhan denganMu
Aku takut jika Engkau membiarkan aku
Kerna aku telah sedar
Tiada kebergantungan lain yang sekukuh kebergantungan padaMu
Dan, tiada cinta lain seagung cintaMu

Isnin, 22 Mei 2017

Al-ma'thurat & di mana Islam dalam diri kita?

Di petang yang damai, kupanjatkan rasa syukurku padaMu ya Rabb. Sesungguhnya apa sahaja nikmat yang aku perolehi daripada mana-mana makhlukMu adalah daripadaMu jua.

Antara kelebihan membaca Al-ma'thurat

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat
4. Selamat dari segala sesuatu
5. Allah menyempurnakan nikmatNya ke atas orang yang membacanya
6. Allah berhak meredhainya
7. Tidak ada sesuatu yg mendatangkan mudharat kepadanya
8. Terhindar daripada syirik
9. Selamat dari bisa atau sengatan makhluk beracun
10. Dimudahkan menyelesaikan hutang2
11. Berhak dapat syafaat di hari kiamat
12. Sesiapa yang membacanya di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allag hingga waktu petang. Dan sesiapa membacanya  diwaktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi
13. Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah saw dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan. 

Dalam kehidupan ni macam2 perkara yg kita hendak dan ingini. Tapi sesungguhnya dalam apa jua keadaan pun, perlindungan dari Allah azza wajala (Yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia) paling diperlukan. 

Dipetik dari ceramah Ustaz Ebit Liew, 
Tiga zikir ni jika diamalkan pagi dan petang akan mendapat perlindungan Allah SWT. Zikir ini juga terdapat dapat al-ma'thurat. 
Diamalkan 7 kali pagi dan 7 kali petang

Diamalkan 3 kali pagi dan 3 kali petang

Diamalkan 3 kali pagi dan 3 kali petang

InsyaAllah.

Sedikit perkongsian, al-ma'thurat yang mengandungi doa dan zikir ni disusun oleh Imam Hassan al-Banna. Beliau lah yg menubuhkan Ikhwanul Muslimin di saat Islam telah hilang dari jiwa pemuda pemudi penganut Islam itu sendiri. 
Di mana Islam dalam diri kita? 






Khamis, 18 Mei 2017

"Apakah kamu merasa puas dengan kehidupan dunia?"

Diskusi bersama seorang sahabat tempoh hari membicarakan tentang orang di sekeliling kami. 

Kawan A, baharu shja tamat graduasi PhD. Kawan B masih belum menyiapkan tesis master. 

Kawan C, telah berkahwin dan bakal punyai cahaya mata. Kawan D masih belum punyai cahaya mata wpun dah lama kawin. Kawan E pulak, masih belum  kawin pun. 

Kawan F, belajar biasa2 je, tapi sekarang income besar mak aihh....kawan G, baru buat PhD, kerja belum pasti lagi. 

Begini lah jika kita membicarakan tentang manusia, dan cuba membandingkan mereka semua, termasuk lah membandingkan diri sendiri jugak. Tidak akan habis sampai bila2. 

Alpanya kita pada Sang Pencipta, kerana tidak berbicara tentang alam ciptaannya.

Dalam al-quran Allah berfirman, "......apakah kamu merasa puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. "
At taubah 38.

Astagfirullahalazim. 
"Ya Rabb, Jadikanlah tujuan hidupku akhirat"

Tujuan hidup akhirat bukan maknanya kita hanya solat, mengaji, dan berdoa shja, skopnya sangat luas bila tujuan hidup ini adalah akhirat. Berkerja juga untuk kehidupan akhirat, dengan kerja yg ikhlas n bersungguh, dapat rezeki yg halal untuk membayar zakat, menyara keluarga, menderma....kan akhirnya tujuan nya tetap akhirat. 
Fikir fikirkan lah....


Selasa, 16 Mei 2017

Malaysian in Shiga, Japan.


Inilah rakyat Malaysia di Shiga, specifically dekat2 area Kusatsu. 

In total, there are about 50, some of them are too busy and cannot join our gathering on last Sunday. 

Biwako sangat sinonim dgn Shiga, so BBQ buat kat area tasik ni lah. 

Yang gagah naik basikal (basikal bateri boleh la....kalo basikal biasa, mau berpeluh2).


Sabda Rasulullah saw diriwayatkan oleh oleh Abu Hurairah ra berkata: 

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia memuliakan tetamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia menyambung hubungan silaturrahim".






Ahad, 14 Mei 2017

Kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir

Keadaan getir dan runsing melanda hidup, suasana yang tenat sangat memerlukan rahmat atau 'kesian' Allah kepada kita. Allah lah menjadi penyejuk perasaan & memberi harapan.

Jiwa yang benar-benar bergantung kepada Alllah, ketenangan itu hadir sebelum pertolongan Allah turun. 

Betapa ramai orang yang menemui iman dan amalan soleh dek kerana ujian yang menimpanya.

Betapa ramai manusia yang bersarang bongkak dan takabbur dalam jiwa, tidak dapat ditegur dan dididik tetapi akhirnya menjadi insan yang tawaduk kepada Allah dan menghargai insan lain, setelah ujian hidup yang getir.

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir"
Al-Qasas, 24.
Fakir: amat memerlukan

Dipetik dari Minda Tajdid Dr MAZA. 



Sabtu, 13 Mei 2017

Semoga engkau memiliki sifat terpuji Muadz bin Jabal

Assalamualaikum wbt, Happy Sunday.

Beberapa hari lepas Kak Zura (kakak ipar), selamat lahirkan baby boy, Muaz namanya. Alhamdulillah. Semoga Muaz sehebat sahabat Rasulullah, Muadz bin Jabal RA.
Geram kan tengok pipi dia.

So lepas je tahu nama anak kakak ni Muaz, aku pun sibuk lah membaca pasal Muadz bin Jabal RA.

Ada satu hadis panjang Rasulullah kepada Muadz bin Jabal. Boleh baca di sini.



Sinopsisnya, dalam hadis ni diceritakan di setiap lapisan langit yang tujuh, ada malaikat yang menjaga pintunya.  Setiap amalan hamba perlu melepasi setiap peringkat ini. Deceritakan oleh Rasulullah SAW, ada malaikat yang membawa daripada 8 orang hamba, setiap amalan tersebut tidak dapat menembusi peringkat2 tersebut, sehingga ada satu hamba yang amalannya melepasi langit ke-7 dah sampai kepada Allah. Namun amalan itu tidak diterima oleh Allah SWT yang Maha Mengetahui kerana amalannya bukan kerana mengharapkan Allah, maka laknat Allah kepada hamba ini, dan malaikat turut melaknatinya.


Apabila Muadz mendengar hadis ini, beliau menangis dan bertanya kepada Rasulullah SAW, "ya Rasul Allah, Engkau kekasih Allah sedangkan aku hanya Muad, bagaimana bisa aku selamat dan bebas dari semua itu (amalan yang tidak diterima Allah)?

Rasullah menjawab,
Ikutilah aku, jika terdapat kekurangan dalam amal ibadahmu maka peliharalah lisanmu dari membicarakan keburukan saudaramu dengan cara membawa al-quran (untuk sibukkan lisanmu membacanya.


Sibukkan diri mu memikirkan dosa-dosamu ketika melihat dosa-dosa orang lain, jangan kamu merasa  lebih suci dari orang lain dengan mencela mereka, jangan bersikap angkuh terhadap mereka dan jangan lah mencampur amalan dunia ke dalam amalan akhirat, janganlah riya' dengan amal ibadahmu, dan jangan lah berlaku sombong, jangan suka membuka rahsia oarng lain, jangan merasa diri lebih agung di hadapan manusia, kerana hal ini pasti akan menyebabkan terputusnya kebaikan dunia dan kebaikan akhirat darimu. Jangan Suka melukai hati orang lain dengan lisanmu, sebab kelak anjing-anjing neraka akan mengoyak-ngoyakkan tubuhmu pada hari pembalasan.

Rujuk firman Allah di sini https://www.wisatakhalifa.com/tazkiyah/hadits-muadz-bin-jabal/

Aku (Muadz) bertanya, siapakah yang mampu selamat dari sifat2 yang menjadi penyebab amalan seseorang tidak diterima ini wahai Rasulullah?
Baginda memnjawab, Wahai Muadz, sesungguhnya sangat mudah bagi orang yang dimudahkan allahuntuknya, cukuplah kamu mencintai sesuatu yang dimiliki oleh manusia seperti kamu mencintai hal tersebut untuk dirimu, dan membenci sesuatu yang menimpa manusia seperti kamu membenci hal terseut menimpamu, nescaya kamu akan selamat wahai Muadz"

Inilah hadith Muadz bin Jabal, yang mengajar kita, sehebat sebanyak atau sebersih mana pun amalan kita jika tidak terbebas daripada sifat tercela seperti di dalam hadith yang panjang itu,
ghibah (suka bicara buruk orang)
riya' (suka dilihat dan dipuji)
takabbur (sombong)
ujub (membangga diri berlebihan)
hasad (iri hati)
tidak memiliki belas kasihan
sum'ah (ingin didengar dan sebut2 namanya/terkenal)
tidak ikhlas mengharapkan keredhaan Allah

Maka, jangan harap amalan akan diterima Allah SWT.



Rabu, 10 Mei 2017

Besarnya rahmat dan keampunan Allah SWT



Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).



Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53: (maksudnya), Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

.

Isnin, 8 Mei 2017

Fuji no hana

"Dan bumi yang Kami hamparkan dan kami pancangkan di atasnya gunung-ganang yg kukuh dan Kami tumbuhkan di atasnya tanaman-tanaman yg indah. 

Untuk menjadi pelajaran dan peringatan bg setiap hamba yang kembali (berserah kepada Allah)"

Al-qaf: 7-8






Antara destinasi Wisteria di Shiga, Sendai Jinja, Kusatsu. Tak berapa besar pun tempat ni, tapi boleh lah kalo nak merasa pengalaman bersama Wisteria.
Pertengahan bulan May, bunga ni full bloom.
Berbunga-bunga jiwa ni melihat keindahan alam. Subhanallah.