Assalamualaikum wbt,
Hampir sepurnama jejari ku berhenti dari menulis di ruangan ini.
Sibuk...ya semestinya, fikiran ku sibuk memikirkan analisis dan publication yang masih belum sudah.
Tiada masa utk ku berfikir ke arah hal lain2 yg tidak penting...tatkala ini, suasana di Padang Masyar sering tergambar difikiran ku. Apa yg aku alami sekarang, mungkin hanya sebesar atom keadaan di sana nanti.
Sepanjang tempoh ini, aku ada membaca beberapa artikel berkaitan hari kiamat dan padang masyar.
antaranya...di waktu itu, kita akan melupakan orang2 yang kita sayangi, suami akan lupakan isteri dan ibu akan melupakan anaknya. Kita akan dibangkitkan dalam keadaan tidak berpakaian di Padang Masyar, namun waktu itu tiada perasaan malu kerana masing-masing sibuk memikirkan amalan yg akan dibawa untuk bertemu Rabb. Perjalanan yg beratus tahun lamanya di Padang Masyar, matahari yang terik sejengkal di atas kepala, lautan peluh yang diharungi, melihat buku catatan amalan, berhadapan dengan neraca Mizan dan perjalanan titian Sirat yg menentukan jatuh di neraka atau berjaya menuju SYURGA....Ya Rabb, adakah aku tergolong dalam orang yg mendapat nauganMu?
RINDU...banyak org yg merindui, namun kepada siapa? Rindu kepada pasangan, rindu kepada ibu bapa, rindu kepada rakan taulan...ini rindu yg biasa aku pikir.
Aku....inginkan RINDU yang LUAR BIASA. RINDU dari jiwa yang meronta-ronta kepada SYURGA. Kenapa rindu ini masih tidak bertamu? sedangkan tahu SYURGA itu indah, mengalir sungai yang lebih putih dari susu di bawahnya, minuman dari gelas emas, istana permata yang indah, kekal hidup dalam kenikmatan yang tiada kesusahan sedikit pun, kabahgiaan yang tidak tergambar di sana. Ya Rabb, aku rindu...aku rindu yang luar biasa kepada syurgaMu. Terimalah amalan baikku agar dapat aku menjadi tetamu dan kekal di SYURGAMU.
RINDU lagi....aku rindu untuk menziarah makam Nabi SAW dan bertemu baginda SAW, namun rinduku...mungkin tidak setanding Bilal bin Rabbah kepada Nabi SAW, tidak mampu untuk melaungkan azan tatkala sesudah wafatnya Nabi. Ya Rabb, bisakah aku punyai RINDU hebat yang luar biasa ini? InsyaAllah tahun depan, jika segalanya lancar ingin sekali aku ke sana menziarah makam Nabi.
Ya Rabb...siapalah aku tanpa Mu? aku tidak punyai apa2 walau secebis rasa RINDU tanpa izinMu. Tahu, Allah Maha Esa, sudahku hafal makna al-Ikhlas...namun mengapa hati ni masih belum punyai rindu terangung buatMu? Oh Allah...kurniakanlah aku RINDU TERAGUNG ini. Rindu untuk bertemuMu...bersama buku amalan yang baik, berat timbangan baik Mizan dihadapanMu.
Ya Rabb, kurniakan lah aku RINDU yang luar biasa, hebat dan teragung ini. Perjalanan hidupku menuju Mu, ya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan