Rabu, 22 Mac 2017

Suamiku Mr. Engineer


Dah mcm tajuk drama tv pulak rasenye. 
Tapi ini bukan drama,ini realiti. 

Harini genap 3 tahun kami hidup sebagai suami isteri. Sepanjang ni mmg byk suka duka mainan perasaan n mcm2 lagi yg dilalui. Alhamdulillah...bahagia. 

Aku suka pekerjaan suami ku ni, kerja di private. Owh...lupa nak habaq, suamiku, Azzubair. Setakat ni dia dah kerja kat 3 company, Jurutera Perunding Zaaba, VSL dan sekarang JEKS. 
Dengan JEKS ni x sampai setahun lagi. Tapi aku sebagai isteri merasakan, JEKS ni lebih baik dr company sebelum ni. Kawan2 dia kat sini baik2 je, selalu solat jemaah (ukuran baik, hihi) ramai jugak lah kawan2 azzubair yg aku kenal. Setiap kali balik dr Jepun mesti ada buah tangan utk diaorg semua. 
Jawatan suami ku, Design Engineer. Aku pun konpius awal2 dulu ape beza arkitek dgn design engineer ni. Cerita nya mcm ni, arkitek bg reka bentuk bangunan yg futuristik or moden or cantik2 bagai, tapi nk mempastikan kestabilan or boleh buat x bangunan tu adalah kerja suami aku. Azzubairlah yg design ceracak2 dalam bangunan tu, material ape nk guna, berapa panjang mengikut kestabilan etc.
Lepas dah siap part design engineer baru pas kat drafter utk buat drawing. Pastu Azzubair kena cek semula kerja drafter tu betul ke x....itulah serba sedikit. 
Best je aku tgok Azzubair buat design, bile suatu design tu berjaya boleh buat, dia pun menjerit YES!!!
I know, he loves his work! Bagus sgt kan...bila suka dgn pekerjaan, mesti akan buat dgn bersungguh2.
Alhamdulillah. Gaji x lah berapa besar sgt, tapi mampu lah nk hidup.

Azzubair plan nk amik Ir soon. Semoga Allah mudahkan segalanya.
Harini Azzubair turun site kat USIM. 
Ni projek under JKR, and first time nk guna precast. Azzubair cakap kalo project ni berjaya, pasni banyak lah job gov guna precast.
Okay, ape itu precast. Maksudnya, contoh lah senang, buat tiang konkrit besar kat kilang, pastu angkut ke site terus pasang. Kalo bukan precast, buat tiang konkrit tu kat site terus, kaedah ni amik space yg besar n banyak faktor cuaca or environment mempengaruhi (ada penyakit berjangkit ke kat site tu).

X de rupa langsung nk jadi engineer kan? InsyaAllah anak2 yg bakal lahir nanti boleh ikut jejak langkah papa. Jangan ikut jejak mama. Mama masih tercari2 profesyen ape yg bagus ni....masih bingung, apakah yg diminati n boleh buat.



Isnin, 13 Mac 2017

RINDU TERAGUNG

Assalamualaikum wbt,

Hampir sepurnama jejari ku berhenti dari menulis di ruangan ini.
Sibuk...ya semestinya, fikiran ku sibuk memikirkan analisis dan publication yang masih belum sudah.
Tiada masa utk ku berfikir ke arah hal lain2 yg tidak penting...tatkala ini, suasana di Padang Masyar sering tergambar difikiran ku. Apa yg aku alami sekarang, mungkin hanya sebesar atom keadaan di sana nanti.

Sepanjang tempoh ini, aku ada membaca beberapa artikel berkaitan hari kiamat dan padang masyar.
antaranya...di waktu itu, kita akan melupakan orang2 yang kita sayangi, suami akan lupakan isteri dan ibu akan melupakan anaknya. Kita akan dibangkitkan dalam keadaan tidak berpakaian di Padang Masyar, namun waktu itu tiada perasaan malu kerana masing-masing sibuk memikirkan amalan yg akan dibawa untuk bertemu Rabb. Perjalanan yg beratus tahun lamanya di Padang Masyar, matahari yang terik sejengkal di atas kepala, lautan peluh yang diharungi, melihat buku catatan amalan, berhadapan dengan neraca Mizan dan perjalanan titian Sirat yg menentukan jatuh di neraka atau berjaya menuju SYURGA....Ya Rabb, adakah aku tergolong dalam orang yg mendapat nauganMu?

RINDU...banyak org yg merindui, namun kepada siapa? Rindu kepada pasangan, rindu kepada ibu bapa, rindu kepada rakan taulan...ini rindu yg biasa aku pikir.

Aku....inginkan RINDU yang LUAR BIASA. RINDU dari jiwa yang meronta-ronta kepada SYURGA. Kenapa rindu ini masih tidak bertamu? sedangkan tahu SYURGA itu indah, mengalir sungai yang lebih putih dari susu di bawahnya, minuman dari gelas emas, istana permata yang indah, kekal hidup dalam kenikmatan yang tiada kesusahan sedikit pun, kabahgiaan yang tidak tergambar di sana. Ya Rabb, aku rindu...aku rindu yang luar biasa kepada syurgaMu. Terimalah amalan baikku agar dapat aku menjadi tetamu dan kekal di SYURGAMU.

RINDU lagi....aku rindu untuk menziarah makam Nabi SAW dan bertemu baginda SAW, namun rinduku...mungkin tidak setanding Bilal bin Rabbah kepada Nabi SAW, tidak mampu untuk melaungkan azan tatkala sesudah wafatnya Nabi. Ya Rabb, bisakah aku punyai RINDU hebat yang luar biasa ini? InsyaAllah tahun depan, jika segalanya lancar ingin sekali aku ke sana menziarah makam Nabi.

Ya Rabb...siapalah aku tanpa Mu? aku tidak punyai apa2 walau secebis rasa RINDU tanpa izinMu. Tahu, Allah Maha Esa, sudahku hafal makna al-Ikhlas...namun mengapa hati ni masih belum punyai rindu terangung buatMu? Oh Allah...kurniakanlah aku RINDU TERAGUNG ini. Rindu untuk bertemuMu...bersama buku amalan yang baik, berat timbangan baik Mizan dihadapanMu.

Ya Rabb, kurniakan lah aku RINDU yang luar biasa, hebat dan teragung ini. Perjalanan hidupku menuju Mu, ya Allah.