Khamis, 2 Februari 2017

Seindah namamu

Hampir seminggu tidak menulis dek kerana bebanan minda memikirkan kerja-kerja yg menunggu utk diselesaikan. Jasad juga turut bekerjasama...

Terapi minda di hari Jumaat ni, terpanggil untuk menulis tentang seseorang, Nur Fathiah Radzi, seindah namamu.

Perkenalan yg singkat, namun tautan hati  utuh.
Berkenalan di HUKM. 

Di saat aku kesakitan bleeding, dia offer membawa ku ke klinik. Macam2 mesej di sampaikan agar aku kuat dan tabah menerima berita kehilangan bayi itu. 

Segalanya bermula secara natural, not pretend to be someone else bila bersamanya. Bebas utk luahkan perasaan, bebas utk menegur, bebas utk utk bergurau. 

Bile aku pakai baju x padan, selamba je dia tegur. Bile pakai tudung x kemas, dialah yg mengemaskan n siap bg pinjam tudung.
Hasil tangan Thiah

Sayang sgt kat Thiah, rase nk peluk2...PDB-peluk dari belakang...haha
Baju hijau ni aku lah...

Dia seorang hafizah, hafal 30 juzuk al-quran...alhamdulillah. Dia byk ajar tajwid waktu bulan puasa dulu. 

Cube nak keneng2 kan dia dgn seseorg, mana tahu kot ada jodoh. Namun x berjaya pun...
Akhirnya, dapat berita gembira dari Thiah dua hari lepas. Akan bertunang weekend ni and InsyaAllah akan langsung pada tahun yg sama ni jugak. 
Happy x terkata, sampai berkaca mata ni..
Untuk Thiah, akak doakan semoga hidup Thiah bahagia dunia n akhirat, bahagia berpanjangan. 
Rasa nk je balik Msia sekarang jumpa Thiah💕



Tiada ulasan:

Catat Ulasan