Stress..bagaimana anda melihat dan menanganinya???
Sekarang memang tengah mengalami stress yg boleh tahan hebatnya jugak. Kebiasaan manusia ni.... bile stress ni, mesti akan diluahkan dekat org yg terdekat...waktu ni mmg berpotensi nak salahkan org yg bagi tekanan tu, walaupun ada benarnya jugak org yg memberi tekanan tu dan ada salahnya diri sendiri. Ini lah lemah nya sifat manusia.
Jom kite lihat stress ni dari suatu sudut yg lain....
Stress, membuatkan kita kembali kepada Pencipta Yang Agung. Merendah diri serendahnya sebagai hamba memohon pertolongan Allah. Tiada sesiapa yg dapat membantu melainkan dia Ar Rahim. Hati mulai banyak berbual-bual dengan Allah mengadu hanya kepadaNya. Doa banyak dipanjatkan kepada Allah, solat mulai khusyuk...Alhamdulillah.
Stress, bila ada date line yg kena submit sesuatu, bagus sebenarnya...kalo x stress mesti tak buat kerja yg kena submit tu kan.
Stress, akan membuatkan lebih berusaha gigih utk selesaikan sesuatu perkara. Layan stress and tak buat ape2 bukan cara yg terbaik. Allah suruh kita berusaha, seperti dalam surah al Insyirah ayat 5-8.
5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7)Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada suatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amail soleh yang lain).
8)Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)
MasyaAllah, indahnya ayat ini.
Bila stress baru sedar diri, selama ini diri telah menjauhi Allah, melupakan Allah. Malu sebenarnya nak mengadap Allah kembali minta pertolongan dan mengadu, namun Dia lah Yang Esa, seperti dalam surah al-Ikhla ayat 1-2:
1) Katakanlah (wahai Muhammad): Tuhanku ialah Allah Yang Esa.
2) Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
So, pada siapa lagi? Sesungguhnya kepada Allah lah tempat meminta, seperti yg acap kali kita panjatkan di dalam solat seharian, surah al fatihah ayat 4-5:
4) Hanya kepadaMu lah kami beribadah dan hanya kepadaMu lah kami meminta pertolongan.
5) Tunjukilah kami jalan yang lurus.
6) Iaitu jalan orang-oarang yang Engkau berikan nikmat ke atas mereka.
7) Buakan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
Stress tu bagus je, lihatlah dari sudut yag berbeza dan bawalah diri sebagai seorang muslim atau muslimah.
InsyaAllah ada jalannya. Jika banyak sgt tugasan, listkan satu-satu dulu dan buat ikut priority.
Redupkan mata dengan gambar di bawah...Tulip di Botanical Garden Kyoto.