Rabu, 30 November 2016

Hari Baru, Semangat Baru

Assalamualaikum wbt,

Happy December 2016.
Aku kembali semula ke Jepun setelah hampir setahun buat eksperimen di Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan, PPUKM.
Sekarang tinggal setahun setengah lagi untuk habiskan PhD ni...Ya Allah mudahkan perjalanan ini, kuatkan lah semangat aku untuk meneruskan perjalanan ini, rahmatilah aku sepanjang perjalanan ini, ampunkan dosa2ku Ya Allah andai sepanjang perjalanan ini aku lalai dan leka dalam mentaatiMu.

SUMS, makin ramai rakyat Msia di sini, Kak Faeizah, Miza, Khusni, Kenny, Apai, Fadli,  dan anak2 mereka...semoga kehadiran insan2 ni lebih membahagiakan semua orang. Ya, pasti setiap insan mempunyai karakter yang berbeza, latar belakang yg berbeza...dan pastinya belum betul2 kenal. Keadaan macam ni memang akan menimbulkan rasa kurang senang, terasa hati lah...macam2 lagi. Bagi aku, yang penting, belajar untuk menerima, belajar untuk bersabar dgn semua insan2 ni....Allah tak hadirkan mereka secara kebetulan, semuanya bersebab.

Kak Faeizah tinggal beberapa bulan je lagi nak viva and graduation, InsyaAllah. Miza busy buat lab di Msia, Khusni and Kenny pun busy jer dgn lab masing, Apai akan amik exam PhD entrance esok, Fadli sibuk plan untuk family dia....Aku pula,nak buat analisis metabolomics and writing. Ya Allah, jangan jadikan ke busy an kami ni menyebabkan kami lupa kepadaMu, jadikanlah pergantungan hidup kami ini hanya padaMu, jadikan kami ini sentiasa berbicara denganMu.

Bila banyak kerja nk dibuat, kadang2 tak tahu nak buat yg mana satu, kadang2 feeling lost, kadang2 memang rase x nak buat semua benda...haaaa, ini memang parah.

Allan Lakein kata....(walaupun tak kenal pun siapa dia ni) "Planning is bringing the future into the present so that you can do something about it now"
dalam bahasa Melayu...lebih kurang lah maksudnya, "perancangan membawa masa hadapan kepada masa sekarang, so kau boleh buat sesuatu berhubung masa hadapan sekarang lah"
antara tips2 yg berguna ialah:
1. Stop trying to get ahead of yourself - prioritize, work out what's really important.
    dalam bahasa Melayu: jangan duk pening2, buat mana yg penting dulu.
2. Focus - give your full attention, purposeful, not rush and random.
    dalam bahasa Melayu: fokus lah...beri penuh perhatian, penuh azam, jangan nak kelam kabut sangat.
3. Plan the task - tell yourself "I have plan, I can manage this"
    dalam bahasa Melayu: rancang tugasan tersebut, cakap kat diri sendiri " aku ada perancangan, aku boleh urus semua ni"
    ye lah... ramai yg boleh merancang, tapi x semua boleh laksanakan ape yg dirancang tu.
4. Remove distraction - dalam bahasa Melayu: buang lah benda2 yg boleh ganggu konsentrasi kita. Bagi aku benda yg selalu duk     kacau fikiran ni iPhone aku ni, dgn kawan2 lah yg kadang2 datang nk bersembang (sebab aku yg suka bersembang). iPhone tu    kejap2 nk tgok whatssup, ada x someone special text aku, kejap2 nk tgok group line/whatssup ada x isu hangat, kejap2 nk tgok    FB, sibuk je nak tahu org lain tgh update status ape, pun jugak nak tahu ada tak org like status aku...haha. Kesimpulannya,            distraction tu mmg banyak lah. So, now kena limitkan masa tgok hp, mungkin sejam sekali baru tgok, kalo urgent mesti diaorg      akan call punya, x payah lah nk tgok hp jer sbb mesej2 yg x perlukan jawapan segera boleh reply nnti. pastu pulak...kalo dah        tahu kawan2 yg ada ni menyebabkan kite bersembang x henti2, so larikan lah pergi ke library. Bagitahu kat diaorg tgh busy nk      submit something, so nak fokus.
5. Get help when you need it - Don't miss a deadline bcoz you avoided asking for help. pendek kata, jangan bodoh sombong nak     tanya atau mnta pertolongan orang lain.


Alhamdulillah, tu sahaja nak cakap. Sebelum ni dah ada blog, tapi banyak merapu jer, so aku buat blog baru, dengan azam baru....
Gambar bawah ni...sempat jugak merasa autumn di saat2 dah nak masuk winter ni.